Rabu, 13 Mei 2009

UDANG (KARI BELANDA)

Bahan-bahan:

600 g udang besar
1 tin kecil susu cair
1.2 liter air
4 biji kelur muda (dipotong kecil)
150 g buah berangan (direbu setengah masak)
8 biji buah tomato kecil
2 biji bawang besar (dibelah 4)
1 ulas bawang putih
5 biji bawang meraH
6 cm halia
½ tin kecil puri tomato
2 keping asam gelugur
5 helai daun ketumbar
200 ml minyak
450 ml air
Garam secukup rasa

Bahan-bahan giling:

8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu sederhana serbuk ketumbar
½ sudu sederhana serbuk jintan manis
¼ sudu sederhana serbuk kunyit
1 sudu sederhana serbuk lada
¼ sudu sederhana serbuk lada putih

Cara:

Udang dibuang sedikit kepala dan dibersihkan.
Panaskan periuk dan pijarkan minyak hingga wangi. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga layu. Masukkan bahan-bahan giling kacau hingga pecah minyak. Kemudian masukkan 150 ml air, kacau sampai keluar minyak. Masukkan lagi 150 ml air, tunggu sampai keluar minyak. Kemudian masukkan puri tomato yang dibancuh dengan 150 ml air dan kacau lagi.
Masukkan 1.2 liter air kemudian biarkan hingga mendidih.
Selepas itu masukkan daun ketumbar dan buah berangan dan kacau.
Selepas itu masukkan kelur dan tutup periuk. Apabila sudah mendidih, masukkan udang, satu demi satu, kemudian masukkan susu cair, bawang besar, tomato kecil, asam gelugur dan garam. Selepas itu tutup periuk biarkan hingga mendidih, barulah diangkat.

Dipetik dari : BUKU SELERA SRIKANDI BRUNEI (MS:64-65) oleh Hajah Sharifah Maimunah Syed Mohammad)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan