Jumaat, 1 Mei 2009

SAYUR LEMAK PUCUK KAYU

Bahan-Bahan:

2 ikat pucuk ubi
2 biji keledek merah
2 cawan santan pekat
2 cawan air
3 ulas bawang merah (hiris)
2 ekor ikan selayang bakar (ambil isi dan tumbuk)
Garam
Serbuk kunyit

Cara Menyediakan:

1. Leraikan pucuk ubi dari tangkainya. Ambil yang lembut. Basuh dan tuskan airnya. Keledek merah dibuang kulit dan dihiris.

2. Satukan semua bahan di dalam periuk kecuali santan dan pucuk ubi. Masak sehingga keledek empuk. Kemudian, barulah masukkan pucuk ubi dan santan. Biarkan mendidih. Tambahkan garam secukup rasa.

Dipetik dari : Majalah Saji Mei 2008 (ms:20)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan