Selasa, 19 Mei 2009

KEK APAM PISANG

Bahan A:

3 sudu besar tepung gandum
2 sudu kecil yis
1 sudu besar gula
4 sudu besar air suam

Bahan B:

100 gm pisang emas / lecek
160 gm gula kastor
1 biji telur ayam
200 gm tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik

Cara menyediakan:

1. Satukan bahan A dan kacau sebati. Biarkan selama 10 minit.
2. Pukul kesemua bahan A sehingga sebati
3. Masukkan bahan C dan gaulkan sebati.
4. Setelah sebati, masukkan pula bahan A tadi.
5. Pukul lagi sehingga rata dan sebati. Biarkan adunan selam 1 jam.
6. Ambil mangkuk kertas dan tuangkan satu sudu besar adunan. Kukus selama minit atau
sehingga masak.

Dipetik : MAJALAH SAJI NOVEMBER 2008

Ahad, 17 Mei 2009

MI (LAKSA MI HOON)

Bahan-bahan:

1 bungkus mi hoon (600 g )
38 g ikan pusu
5 keping tauhu (dipotong 4 dan digoreng)
10 biji bebola ikan
½ biji kelapa (diambil ½ liter santan)
20 biji lada kering (digiling halus)
Sedikit belacan
150 ml minyak
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa

Bahan-bahan tumbuk:

5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Bahan-bahan tabur:

1.2 kg kerang (dicelur)
600 g udang
300 g tauge

Bahan-bahan hias:

1 ikat daun sup
1 ikat daun bawang
20 biji bawang merah (dihiris dan digoreng)

Cara:

Mi hoon dicelur dan dituskan.
Untuk membuat kuah, ikan pusu direbus dan diasingkan airnya. Kemudian ikan pusu digiling halus.
Udang direbus dan diambil airnya.
Untuk membuat kuah, panaskan minyak, masukkan bahan-bahan tumbuk, lada giling dan belacan. Tumis sampai garing. Setelah itu barulah masukkan ikan pusu giling, air rebusan udang dan ikan pusu, santan, bebola ikan, garam dan serbuk perasa. Masak hingga keluar minyak, barulah masukkan tauhu dan angkat.
Letakkan mi hoon dalam mangkuk, bubuh bahan-bahan tabur dan bahan-bahan hias. Kemudian barulah dituang kuahnya untuk dihidangkan.

Dipetik dari : BUKU SELERA SRIKANDI BRUNEI (MS:72) oleh Hajah Sharifah Maimunah Syed Mohammad)

SPAGHETI (KENTANG GORENG SPAGHETI)

Bahan-bahan:

1 kotak spaghetti (600 g)
100 g daging lembu (dihiris nipis)
160 g udang
2 biji bawang besar
370 g isi ketam
1 sudu besar sos tomato
3 biji ubi kentang (dipotong-potong dan digoreng)
1 biji telur (digoreng hancur)
1 sudu sederhana gula
150 g green peas
150 ml minyak
150 ml air
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa
Bahan-bahan hias:
2 sudu sederhana bawang goreng
1 tangkai daun sup
1 tangkai daun bawang

Cara:

Spaghetti direbus hingga kembang dan dituskan.
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang hingga layu. Masukkan daging dan masak hingga empuk. Masukkan udang dan isi ketam. Apabila telah masak masukkan telur, sos tomato dan air. Setelah mendidih, masukkan spaghetti, ubi kentang, green peas, garam, gula, serbuk perasa dan gaul hingga rata. Kemudian bubuh bahan-bahan hias.

Dipetik dari : BUKU SELERA SRIKANDI BRUNEI (MS:70) oleh Hajah Sharifah Maimunah Syed Mohammad)

Rabu, 13 Mei 2009

DAGING (KARI DAGING MADRAS)

Bahan-bahan:

600 g daging (dipotong kecil-kecil)
½ biji kelapa (diambil 500 ml santan pekat dan 500 ml santan cair)
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar air asam jawa
300 g ubi kentang (dibelah 4)
4 biji buah tomato (dibelah memanjang)
150 ml minyak
900 ml air
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa

Bahan-bahan tumbuk:

10 biji lada kering
2 sudu kecil ketumbar biji
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil jintan manis
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2.5 cm halia

Cara:

Daging dibersihkan dan dituskan.
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi, baru masukkan daging, santan cair dan air. Masak hingga empuk, kemudian masukkan santan pekat, garam, serbuk perasa, serbuk kunyit, air asam, ubi kentang dan tomato. Apabila pekat, barulah diangkat dan dihidangkan.

Dipetik dari : BUKU SELERA SRIKANDI BRUNEI (MS:68) oleh Hajah Sharifah Maimunah Syed Mohammad)

DAGING (KARI DAGING LEMBU)

Bahan-bahan:

500 g daging lembu (dihiris nipis dan lebar)
2 biji ubi kentang (dibelah 4)
4 biji buah tomato (dibelah 2)
1 sudu besar serbuk kari daging (rempah masala)
1 biji kelapa (diambil santan pekat 850 ml dan santan cair 1.2 liter)
150 ml minyak
150 ml air
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa

Bahan-bahan tumis:

2.5 cm kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2.5 cm halia
3 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
2 tangkai daun kari

Cara:

Daging dibersihkan dan dituskan.
Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan tumis kacau hingga garing. Kemudian masukkan serbuk kari bersama sedikit air, kacau hingga wangi. Masukkan daging, santan cair, garam dan serbuk perasa. Masak hingga daging empuk, baru masukkan santan pekat dan ubi kentang. Masak hingga pekat, barulah masukkan tomato dan angkat.

Dipetik dari : BUKU SELERA SRIKANDI BRUNEI (MS:66) oleh Hajah Sharifah Maimunah Syed Mohammad)

UDANG (KARI BELANDA)

Bahan-bahan:

600 g udang besar
1 tin kecil susu cair
1.2 liter air
4 biji kelur muda (dipotong kecil)
150 g buah berangan (direbu setengah masak)
8 biji buah tomato kecil
2 biji bawang besar (dibelah 4)
1 ulas bawang putih
5 biji bawang meraH
6 cm halia
½ tin kecil puri tomato
2 keping asam gelugur
5 helai daun ketumbar
200 ml minyak
450 ml air
Garam secukup rasa

Bahan-bahan giling:

8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu sederhana serbuk ketumbar
½ sudu sederhana serbuk jintan manis
¼ sudu sederhana serbuk kunyit
1 sudu sederhana serbuk lada
¼ sudu sederhana serbuk lada putih

Cara:

Udang dibuang sedikit kepala dan dibersihkan.
Panaskan periuk dan pijarkan minyak hingga wangi. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga layu. Masukkan bahan-bahan giling kacau hingga pecah minyak. Kemudian masukkan 150 ml air, kacau sampai keluar minyak. Masukkan lagi 150 ml air, tunggu sampai keluar minyak. Kemudian masukkan puri tomato yang dibancuh dengan 150 ml air dan kacau lagi.
Masukkan 1.2 liter air kemudian biarkan hingga mendidih.
Selepas itu masukkan daun ketumbar dan buah berangan dan kacau.
Selepas itu masukkan kelur dan tutup periuk. Apabila sudah mendidih, masukkan udang, satu demi satu, kemudian masukkan susu cair, bawang besar, tomato kecil, asam gelugur dan garam. Selepas itu tutup periuk biarkan hingga mendidih, barulah diangkat.

Dipetik dari : BUKU SELERA SRIKANDI BRUNEI (MS:64-65) oleh Hajah Sharifah Maimunah Syed Mohammad)

KABAB IKAN BERKUAH

Bahan-bahan:

500 g ikan merah
113 g minyak sapi
450 ml susu cair
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap (kicap putih)
1 biji kelapa (diparut dan digiling halus)
2 biji bawang besar (dibelah 6)
2 ikat daun ketumbar (dikerat-kerat dan dibahagi 2 )
1 tin kecil green peas
1 biji telur (dipukul)
1 sudu sederhana jintan manis
1 sudu sederhana jintan putih
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa

Bahan-bahan giling:

5 cm halia
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada putih

Cara;

Ikan yang sudah dibersihkan diambil isinya dan digiling halus. Masukkan ke dalam mangkuk dan gaul bersama dengan 1 bahagian bahan-bahan giling, jintan putih, jintan manis dan daun ketumbar.
Kelapa giling digaul bersama garam, telur dan serbuk perasa. Masukkan bahan ini ke dalam adunan ikan dan gaul hingga rata. Kepal bulat-bulat dan goreng dengan minyak sapi hingga kuning, angkat dan tuskan.
Panaskan minyak sapi dan tumis 1 bahagian lagi bahan-bahan giling lalu kacau. Tuangkan susu dan biarkan mendidih kira-kira 45 minit. Setelah itu masukkan sos tomato, kicap, sebuk perasa, daun ketumbar dan bawang besar, biarkan hingga mendidih sehingga keluar minyak. Kemudian masukkan kabab ikan dan green peas, biarkan sebentar barulah diangkat dan hidangkan dalam piring.

Dipetik dari : BUKU SELERA SRIKANDI BRUNEI (MS:63) oleh Hajah Sharifah Maimunah Syed Mohammad)

KABAB DAGING

Bahan-bahan:

500 g daging cincang
300 g bawang besar (dicincang)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 biji telur (dipukul ringan dan dibahagi 2)
1 kotak instant mashed potatoes
500 ml minyak jagung
150 ml air suam
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa

Bahan-bahan rempah:

1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu sederhana serbuk ketumbar
1 sudu sederhana serbuk jintan putih

Cara:

Daging cincang dibersihkan dicampur dengan 150 ml air suam hingga lembut. Campurkan dengan daging cincang, bahan-bahan rempah, bawang, telur, garam dan serbuk perasa. Kemudian gaul rata-rata dan kepal bulat-bulat.
Panaskan minyak. Celupkan bebola daging pada telur dan goreng hingga kuning, barulah diangkat dan dihidangkan.

Dipetik dari : BUKU SELERA SRIKANDI BRUNEI (MS:62) oleh Hajah Sharifah Maimunah Syed Mohammad)

IKAN REBUS KUNYIT

Bahan-bahan:

900 g ikan rumahan
2 batang serai (dititik)
7 keping asam aur-aur
300 ml air
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa

Bahan-bahan tumbuk:

5 biji lada merah
2.5 cm kunyit
2.5 cm halia
2.5 cm lengkuas
2 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
1 sudu sederhana belacan

Cara:

Ikan disiang, dibersihkan dan dituskan.
Masukkan bahan-bahan tumbuk ke dalam periuk dan campurkan air, masak hingga mendidih. Kemudian masukkan asam aur-aur, serai, garam, serbuk perasa dan ikan. Masak hingga mendidih, barulah diangkat.

Dipetik dari : BUKU SELERA SRIKANDI BRUNEI (MS:60) oleh Hajah Sharifah Maimunah Syed Mohammad)

IKAN PAIS DALAM BULUH

Bahan-bahan:

1.2 kg ikan tamban/ikan rumahan (kecil)
2 sudu sederhana asam jawa (diambil airnya)
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa

Bahan-bahan tumbuk:

10 biji lada merah
5 cm kunyit hidup
2.5 cm halia (dihiris)
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu sederhana belacan.

Bahan-bahan sampingan:

Daun pisang
Buluh (dibelah 2 – 2.3 cm panjang)

Cara:

Ikan disiang, dibersihkan dan dituskan.
Gaulkan ikan bersama bahan-bahan tumbuk, air asam, garam dan serbuk perasa. Gulung dengan daun pisang, Kemudian masukkan ke dalam buluh dan panggang atas bara api.

Dipetik dari : BUKU SELERA SRIKANDI BRUNEI (MS:58) oleh Hajah Sharifah Maimunah Syed Mohammad)

IKAN MASAK TERTUTUP

Bahan-bahan:

600 g ikan gerunggung
4 biji limau kapas (diambil airnya)
1 biji kelapa (dibahagi 2 – sebahagian diambil 150 ml santan dan sebahagian lagi dibuat keisik)

Bahan-bahan tumbuk:

300 g kacang tanah (digoreng)
6 ulas bawang putih
1 sudu kecil kunyit kering
1 batang serai
4 helai daun limau purut
10 biji lada kering
Garam secukup rasa

Cara:

Ikan dibersihkan dan dituskan.
Gaul ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga setengah kering, angkat dan tuskan.
Gaul bahan-bahan tumbuk dengan kerisik dan kacau rata-rata.
Pijarkan minyak dan tumis bahan-bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan santan dan air limau dan kacau hingga sebati. Kemudian masukkan ikan goreng dan masak sampai mendidih. Apabila kuah pekat, barulah diangkat.

Dipetik dari : BUKU SELERA SRIKANDI BRUNEI (MS:56) oleh Hajah Sharifah Maimunah Syed Mohammad)

IKAN MASAK SURI

Bahan-bahan:

600 g ikan merah
2 biji bawang besar (dihiris)
150 ml sos tomato
½ sudu sederhana gula
150 ml minyak
450 ml air
Garam secukup rasa

Bahan-bahan giling:

20 biji lada kering
4 hiris halia
1 batang serai
2 biji buah keras
2 ulas bawang putih } (dibakar)
½ sudu sederhana belacan }
½ sudu kecil lada putih
8 biji bawang merah
8 sudu kerisik

Bahan-bahan tumbuk:

1 biji lada merah
2 ulas bawang putih
5 cm halia
1 sudu halia
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Bahan-bahan hias:

2 biji bawang besar (dihiris bulat dan direndam 1 jam dengan 150 ml air, ½ sudu kecil garam dan ½ sudu kecil cuka)
2 biji buah tomato (dihiris bulat)
2 biji lada merah (dihiris halus)
2 biji limau kasturi (kulitnya dihiris halus dan diambil airnya).

Cara:

Ikan dipotong 8 dan dicuci dengan larutan air garam.
Kemudian gaul dengan bahan-bahan tumbuk dan perap selama 1 jam.
Kemudain goreng ikan hingga kuning.
Panaskan minyak dalam kuali, sesudah itu tumis bawang besar dan masukkan bahan-bahan giling. Apabila sudah wangi masukkan 150 ml air dan biarkan hingga keluar minyak barulah masukkan sos tomato, 300 ml air, gula dan garam.
Masukkan ikan dan kacau. Letakkan ikan dalam pinggan, tuang air limau dan tabur dengan bahan-bahan hias dan hidangkan.

Dipetik dari : BUKU SELERA SRIKANDI BRUNEI (MS:54-55) oleh Hajah Sharifah Maimunah Syed Mohammad)

IKAN MASAK PALEMBANG

Bahan-bahan:

1 ekor ikan parang / Terubuk
1 biji kelapa (diambil 300 ml santan)
2 biji bawang besar (dibelah 4)
300 g lada hitam
1 helai daun kunyit (dihiris) } (dibahagi 2 sebahagian ditumbuk dan sebahagian lagi digiling)
2.5 cm halia }
6 ulas bawang putih }
6 biji buah keras
30 biji lada kering (dibuang biji dan digiling)
6 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
150 ml air asam jawa
1 sudu sederhana gula
200 ml minyak
Garam secukup rasa

Bahan-bahan sayuran:

300 g kacang panjang (dipotong-potong)
300 g terung (dibelah 4 )

Cara:

Ikan disiang, dipotong serong, dibersihkan dan dituskan.
Tumbuk sedikit garam bersama bawang putih, halia dan kunyit, gaulkan dengan ikan, kemudian goreng hingga masak. Setelah itu simpan selama 1 atau 2 malam untuk melemakkannya.
Lada digiling bersama sedikit garam, bawang putih, halia, kunyit (yang separuh lagi), bawang merah dan buah keras. Selepas itu dibancuh dengan santan, masukkan ikan goreng, bahan-bahna sayuran dan lada hitam serta masak hingga mendidih. Masukkan air asam jawa, gula dan biarkan diangkat.

Dipetik dari : BUKU SELERA SRIKANDI BRUNEI (MS:52) oleh Hajah Sharifah Maimunah Syed Mohammad)

IKAN MASAK HAINAN

Bahan-bahan:

1.2 kg ikan kurau/ikan tengkiri
1 biji telur (dipukul ringan)
1 sudu besar tepung jagung
283 g bunga kubis (dipotong kecil)
6 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji lobak merah (dihiris dan dicelur)
2 tangkai daun bawang cina (dihiris)
1 tin cendawan butang (dibelah 2)
300 ml air rebusan ayam
1 sudu kecil minyak bijan
½ tin green peas
1 sudu besar tepung jagung (dicampur dengan 3 sudu besar air)
200 ml minyak
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa

Bahan-bahan sos:

1 sudu sederhana kicap (kicap putih)
1 sudu sederhana sos tiram
1 sudu sederhana kicap hitam
½ sudu sederhana serbuk perasa
1 sudu kecil serbuk lada putih

Bahan-bahan tabur:

1 tangkai daun bawang (dihiris halus)
Sedikit daun sup

Cara:

Potong ikan berkeping-keping sebesar 4 cm dan dibersihkan serta dituskan. Kemudian campurkan dengan telur, tepung jagung dan garam.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan tadi selama 1 minit, angkat dan tuskan.
Panaskan minyak, goreng bunga kubis selama 5 minit dan angkat.
Panaskan minyak, goreng bawang hingga kuning. Selepas itu masukkan ikan goreng tadi, bunga kubis, lobak merah, daun bawang cina dan cendawan. Goreng lagi selama 2 minit. Campurkan bahan-bahan sos, beserta air rebusan ayam dan biarkan hingga mendidih. Masukkan minyak bijan, garam, serbuk perasa dan green peas. Masukkan tepung jagung, biarkan hingga pekat. Kemudian diangkat barulah bubuh bahan-bahan tabur.

Dipetik dari : BUKU SELERA SRIKANDI BRUNEI (MS:50-51) oleh Hajah Sharifah Maimunah Syed Mohammad)

IKAN MASAK AMPAP

Bahan-bahan:

5 ekor ikan rumahan , ikan temenung
2 batang serai } (dititik)
5 cm lengkuas } (dititik)
4 sudu besar asam jawa (diambil 300 ml airnya)
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa

Bahan-bahan tumbuk:

12 biji lada kering
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5 cm halia
1 sudu kecil belacan

Cara:

Ikan disiang, dibersihkan dan dituskan.
Masukkan ikan ke dalam periuk bersama bahan-bahan tumbuk, serai, lengkuas dan air asam. Gaul rata-rata, bubuh garam dan serbuk perasa. Masak hingga setengah kering, barulah diangkat dan dihidangkan.

Dipetik dari : BUKU SELERA SRIKANDI BRUNEI (MS:48) oleh Hajah Sharifah Maimunah Syed Mohammad)

IKAN GORENG KENTANG

Bahan-bahan:

400 g isi ikan merah
4 biji ubi kentang (dipotong panjang)
400 g mayonis
100 g tepung roti
100 g lobak merah (dimayang)
100 g kubis (dimayang halus)
3 sudu sederhana sos cili
1 sudu kecil lada putih
1 biji telur (dipukul ringan)
1 sudu sederhana gula
300 ml minyak jagung
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa

Cara:

Ikan dipotong bulat dan nipis. Kemudian dibersihkan dan dituskan. Gaul dengan garam, lada putih dan serbuk perasa. Celupkan pada telur dan uli dengan tepung roti.
Panaskan kuali dan goreng ikan tadi hingga garing, angkat dan tuskan.
Goreng ubi kentang hingga kuning dan tuskan.
Campurkan lobak merah dan kubis bersama mayonis, gula dan sos cili serta gaul rata-rata.
Kemudian barulah dihidangkan bersama ikan dan kentang goreng.

Dipetik dari : BUKU SELERA SRIKANDI BRUNEI (MS:46) oleh Hajah Sharifah Maimunah Syed Mohammad)

GADO-GADO ROJAK RAMPAI

Bahan-bahan:

600 g ubi manis
2 keping biskut marie }
100 g udang kering ] (ditumbuk)
100 g bijan
150 g kacang tanah (digoreng dan ditumbuk halus)
450 g mi hoon
4 biji telur rebus (dipotong bulat)
4 ekor udang (digoreng)
6 biji lada merah
3 keping tauhu (dipotong dadu)
15 biji bawang merah (digoreng)
3 sudu sederhana gula merah
150 ml cuka
450 ml air
Garam secukup rasa

Bahan-bahan sayuran:

300 g sengkuang }
300 g timun } (dipotong memanjang)
300 g nenes (dipotong dadu)
300 g tauge (dicelur)

Cara:

Untuk membuat kuah, ubi manis direbus hingga empuk, Kemudian dilecek hingga halus. Setelah itu dikisar bersama lada dan air. Masukkan dalam periuk dan masak hingga mendidih. Masukkan cuka, garam, gula, gula merah, udang kering, biskut tumbuk, bijan dan kacang. Masak hingga pekat. Kemudian barulah ditabur dengan bawang goreng dan diangkat.
Mi dicelur dan dituskan. Kemudian letakkan mi, telur, tauhu dan udang goreng bersama bahan-bahan sayuran di dalam pinggan. Tuangkan kuah dan bolehlah dihidangkan.

Dipetik dari : BUKU SELERA SRIKANDI BRUNEI (MS:44) oleh Hajah Sharifah Maimunah Syed Mohammad)

GADO-GADO PADANG

Bahan-bahan:

600 g ubi kentang (direbus dan dibahagi 2 – 1 bahagian dilecek dan 1 bahagian lagi dipotong dadu).
20 biji lada kering }
Sedikit belacan (dibakar) } (digiling)
15 biji bawang merah (dihiris) }
300 ml pati santan
½ bungkus asam jawa (diambil 200 ml air)
3 sudu sederhana gula
300 g kacang tanah (digoreng)
5 biji telur rebus (dipotong nipis)
Sedikit keropok belinjau
1 sudu besar minyak
150 ml air
Garam secukup rasa

Bahan-bahan sayuran:

1 biji kubis (dihirs) }
300 g kacang panjang (dipotong-potong) } (dicelur)
300 g tauge }
1 biji timun (dihirs)

Bahan-bahan hias:

300 g semur daging
300 g kebab daging

Cara:

Kacang tanah digiling dan dicampur dengan air asam, gula, garam dan air.
Untuk membuat kuih, panaskan minyak, tumis lada dan belacan hingga garing. Masukkan campuran kacang, kentang lecek dan santan. Masukkan hingga pekat, barulah diangkat.
Letakkan ubi kentang (yang dipotong dadu) dalam pinggan bersama bahan-bahan sayuran, keropok dan telur. Tuangkan kuah, dan tabur dengan bahan-bahan hias.

Dipetik dari : BUKU SELERA SRIKANDI BRUNEI (MS:43) oleh Hajah Sharifah Maimunah Syed Mohammad)

DAGING SERUNDING PANTAI TIMUR

Bahan-bahan:

600g daging (dipotong sesuka hati)
1 liter pati santan
20 biji lada kering (dikisar)
4 batang serai (dihiris halus)
½ biji kelapa parut (digoreng tanpa minyak hingga kuning)
1 sudu kecil gula
Sedikit kicap pekat
300 ml minyak
300 ml air asam jawa
1 ½ sudu kecil garam
½ sudu kecil serbuk perasa

Bahan-bahan giling:

1 sudu sederhana ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
2 cm kunyit kering
5 cm halia
2.5 cm lengkuas
15 biji bawang merah

Cara:

Daging dibersihkan dan dituskan
Panaskan minyak dan goreng daging selama 15 minit serta dtuskan.
Daging ditumbuk kasar semasa masih panas, campurkan kicap pekat dan perap selam 1 jam.
Panaskan kuali, tumis lada 2-3 minit, campurkan bahan-bahan giling berserta serai. Goreng hingga wangi dan pecah minyak. Masukkan daging tadi dan kacau rata-rata. Campurkan pati santan dan air asam serta didihkan. Masak hingga kering dengan api yang sederhana, barulah masukkan gula, kelapa goreng, garam dan serbuk perasa. Kacau hingga kering kuahnya dan barulah diangkat.

Dipetik dari : BUKU SELERA SRIKANDI BRUNEI (MS:42) oleh Hajah Sharifah Maimunah Syed Mohammad)

DAGING PINDANG ASLI BRUNEI

Bahan-bahan:

1.2 kg daging lembu
4 biji bawang besar (dipotong bulat)
300 g kerisik
5 biji lada merah }
5 biji lada hijau } (dibelah 2)
10 biji buah tomato }
1 sudu sederhana belacan
325 g sos tomato
150 ml kicap manis
150 ml minyak sapi
300 ml air asam jawa
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa

Bahan-bahan kisar:

300 g ketumbar
2 sudu sederhana jintan manis
2 sudu sederhana jintan putih
5 biji buah pala
1 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
2 cm halia
Sedikit serai
Sedikit lengkuas
1 sudu sederhana lada hitam
7 biji bawang merah
5 ulas bawang putih

Cara:

Daging dipotong 3.5 cm panjang, 3.5 cm lebar, 1 cm tebal, dibersihkan dan dituskan.
Panaskan minyak sapi, tumis bahan-bahan kisar hingga bangkit bau. Masukkan daging, kacau rata-rata. Masukkan belacan, kicap manis, air asam jawa, garam, serbuk perasa dan sos tomato, biarkan hingga airnya kering dan dagingnya empuk. Masukkan bawang besar, kerisik, buah tomato, lada merah dan lada hijau, kemudian barulah diangkat.

Dipetik dari : BUKU SELERA SRIKANDI BRUNEI (MS:41) oleh Hajah Sharifah Maimunah Syed Mohammad)

Selasa, 12 Mei 2009

UDANG (CUTLET UDANG GALAH)

Bahan-bahan:

4 ekor udang galah
3 sudu sederhana marjerin
2 sudu sederhana tepung jagung
600 ml susu cair
2 biji telur
6 keping roti paun
2 sudu kecil serbuk lada putih
2 biji bawang besar (dibelah 4)
2 biji ubi kentang (dibelah 6 dan digoreng hingga kuning)
4 biji bawang merah }
4 ulas bawang putih } (dimayang)
4 hiris limau kapas }
Sedikit daun sup }
Sedikit daun bawang } (dipotong-potong)
200 ml minyak
Sedikit air
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa

Cara:

Udang galah dibuang kulit, dibersihkan dan dituskan.
Tepung jagung dibancuh dengan air, telur dan garam. Celupkan udang ke dalam bancuhan tadi.
Panaskan minyak, goring udang hingga garing barulah diangkat.
Panaskan merjerin, tumis bawang merah dan bawang putih hingga kuning. Kemudian masukkan susu cair, bawang besar, garam, serbuk perasa dan serbuk lada putih. Apabila pekat masukkan udang dan ubi kentang, barulah diangkat. Letakkan udang dalam pinggan dan tabor dengan daun sup dan daun bawang. Kemudian perahkan limau. Hidangkan dengan roti paun.

Dipetik dari : BUKU SELERA SRIKANDI BRUNEI (MS:37) oleh Hajah Sharifah Maimunah Syed Mohammad)

DAGING BUMBU ROJAK

Bahan-bahan:

300 g daging (dihiris nipis dan sederhana besar)
1 biji kelapa (diambil 450 ml santan)
1 batang serai (dititik)
1 sudu sederhana belacan
Sedikit air asam jawa
1 sudu sederhana lada merah kisar
Minyak secukup rasa

Bahan-baha giling:

4 biji buah keras
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm lengkuas

Cara:

Daging dibersihkan dan dituskan.
Bahan-bahan giling ditumis bersama lada dan serai. Apabila wangi barulah masukkan daging, tumis sebentar sambil dibalik-balik. Masukkan santan, masak hingga mendidih. Masukkan air asam, belacan dan garam. Apabila daging sudah empuk dan kuatnya berminyak barulah diangkat.

Dipetik dari : BUKU SELERA SRIKANDI BRUNEI (MS:39) oleh Hajah Sharifah Maimunah Syed Mohammad)

DAGING (BISTIK DAGING BRUNEI)

Bahan-bahan:

900 g daging lembu (dipotong lebar dan nipis)
1 sudu sederhana cuka
300 g bawang besar (dipotong bulat)
½ bungkus asam jawa (diambil 200 ml air)
150 ml kicap pekat
2 sudu sederhana gula
1 biji kelapa (dibuat kerisik)
1 sudu sederhana belacan
300 ml minyak
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa
Bahan-bahan tumis:
20 ulas bawang putih
20 biji bawang merah
15 kuntum bunga cengkih
7.5 cm kayu manis
2 kuntum bunga lawang
7 biji buah pelaga

Bahan-bahan giling:

3 sudu besar ketumbar
2 sudu kecil serbuk lada
2 sudu besar jintan manis
3 sudu kecil serbuk kari
5 cm halia
1 biji buah pala

Cara:

Daging dibersihkan dn dituskan.
Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan tumis. Apabila wangi, masukkan bahan-bahan giling bersama belaca. Apabila telah garing, masukkan daging dan kicap. Masak hingga empuk barulah masukkan kerisik, bawang besar, air asam, cuka, garam, serbuk perasa dan gula. Masak hingga airnya kering sedikit barulah diangkat.

Dipetik dari : BUKU SELERA SRIKANDI BRUNEI (MS:34) oleh Hajah Sharifah Maimunah Syed Mohammad)

AYAM TOMATO RICA

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (dipotong mengikut sesuka hati)
6 biji buah tomato (dihiris bulat)
1 biji kelapa (diambil 450 ml santan pekat)
1 biji limau kapas (diambil airnya)
6 sudu sederhana minyak
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa

Bahan-bahan giling:

15 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji lada merah
2 batang serai (dihiris)

Cara:

Ayam dibersihkan dan dituskan.
Tumis bahan-bahan giling sehingga wangi. Masukkan ayam dan tomato. Gaul rata-rata. Masukkan santan. Garam dan serbuk perasa. Biarkan mendidih, masukkan air limau, masak hingga kuahnya pekat dan kering. Barulah diangkat.

Dipetik dari : BUKU SELERA SRIKANDI BRUNEI (MS:32) oleh Hajah Sharifah Maimunah Syed Mohammad)

AYAM RENDANG MELATI

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (dipotong 6)
2 biji limau kapas (diambil airnya)
2 sudu besar kicap
4 sudu sederhana minyak sapi
2 biji lobak merah }
2 biji ubi kentang } (dipotong-potong dan digoreng)
1 tin green peas
1 biji bawang besar }
2 ulas bawang putih } (dihiris)
2 sudu besar tepung jagung (dicampur dengan sedikit air)
30 biji bawng merah (dihiris dan digoreng)
4 sudu sederhana susu cair
250 ml minyak
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa
Bahan-bahan giling:
5 cm halia
4 batang kecil lada putih }
1 sudu kecil jintan manis }
1 sudu kecil jintan putih } (dibahagi 2)
1 batang kayu manis }
1 biji buah pelage }

Cara:

Ayam dibersihkan dan dituskan. Gaul ayam dengan sebahagian bahan-bahan giling, garam dan serbuk perasa. Kemudian goring hingga masak.
Untuk membuat kuah, panaskan minyak sapi, tumis bawang besar, bawang putih dan bahan-bahan giling yang sebahagian lagi. Campurkan kicap, susu cair, air limau dn tepung jagung, biarkan hingga mendidih. Masukkan ubi kentang, lobak merah dan green peas serta kacau. Kemudian masukkan ayam dan apabila masak, barulah diangkat dan ditabur dengan bawang goring.

Dipetik dari : BUKU SELERA SRIKANDI BRUNEI (MS:30) oleh Hajah Sharifah Maimunah Syed Mohammad)

AYAM RENDANG BUAH KERAS

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (dipotong-potong)
30 biji bawang merah (digoreng)
2 biji bawang besar }
3 ulas bawang putih } (dihiris)
1 batang serai (dititik)
1 biji kelapa (diambil 1.2 liter santan)
2 keping asam gelugur
Sedikit minyak

Bahan-bahan giling:

15 biji lada kering
1 cm kunyit
5 cm halia
8 biji buah keras
3 cm lengkuas

Cara:

Ayam dibersihkan dan dituskan.
Tumis bawang besar dan bawang putih lalu masukkan bahan-bahan giling. Setelah garing masukkan ayam, santan, asam gelugur dan serai. Apabila ayam sudah empuk dan hamper kering, masukkan bawang goreng, barulah diangkat.

Dipetik dari : BUKU SELERA SRIKANDI BRUNEI (MS:28) oleh Hajah Sharifah Maimunah Syed Mohammad)

AYAM PANGGANG SATE

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (dibelah 2)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu sederhana serbuk lada
1 biji limau kapas
½ biji kelapa (diambil 300 ml santan)
2 sudu sederhana gula
150 ml minyak
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa

Bahan-bahan giling:

10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 batan serai
5 cm halia
5 cm lengkuas
75 g kacang tanah
10 biji lada kering

Bahan-bahan hias:

2 biji buah tomato
5 biji lada merah
1 tangkai daun salad
1 biji timun (dipotong bulat)

Cara:

Ayam dibersihkan dan dituskan. Gaul dengan garam, serbuk lada dan kunyit, kemudian perap selam 30 minit. Masukkan dalam oven dan panggang sehingga kekuningan.
Tumiskan bahan-bahan giling hingga garing barulah masukkan santan. Masak hingga kuahnya pekat dan barulah masukkan serbuk perasa, garam, gula dan perahan limau.
Apabila masak, letakkan ayam dalam piring, tuangkan kuah dan bubuh bahan-bahan hias.

Dipetik dari : BUKU SELERA SRIKANDI BRUNEI (MS:26) oleh Hajah Sharifah Maimunah Syed Mohammad)

AYAM PANGGANG REMPAH

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (dibelah 2)
2 biji bawang besar (dihiris nipis)
1 biji limau kapas (diambil 1 sudu kecil airnya)
1 biji kelapa (diambil 750 ml santan pekat)
2 helai daun kunyit
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa

Bahan-bahan giling:

5 biji buah keras
2.5 cm beladan (dibakar)
8 biji lada memrah
7 biji bawang merah
2.5 cm halia

Cara:

Ayam dibersihkan dan dituskan.
Panggang ayam hingga masak.
Untuk membuat kuah, masukkan bahan-bahan giling, santan, perahan limau, garam, serbuk perasa, bawang besar dan daun kunyit ke dalam periuk. Masak hingga mendidih dan biarkan hingga kuahnya pekat.
Letakkan ayam dalam piring dan tuangkan buahnya.

Dipetik dari : BUKU SELERA SRIKANDI BRUNEI (MS:24) oleh Hajah Sharifah Maimunah Syed Mohammad)

AYAM PANGGANG MUDAH

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (dibelah 4)
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos lada
2 sudu sederhana sos tiram
2 sudu sederhana marjerin (dipanaskan)
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa

Bahan-bahan tumbuk:

3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 hiris halia

Bahan sampingan:

Sedikit daun pisang

Cara:

Ayam dibersihkan dan dituskan. Gaul dengan bahan-bahan tumbuk, bahan-bahan sos , garam dan serbuk perasa, kemudian diperam selam 30 minit.
Letakkan ayam di atas talam yang dilapis dengan daun pisang. Kemudian siram dengan merjerin dan bakar dalam oven selama 30 minit dengan suhu 300 C. Apabila masak, barulah diangkat dan dihidangkan.

Dipetik dari : BUKU SELERA SRIKANDI BRUNEI (MS:22) oleh Hajah Sharifah Maimunah Syed Mohammad)

AYAM PANGGANG BAIDURI

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (dipotong sesuka hati)

Bahan-bahan hias:

1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil jintan manis
2 cm kunyit
2 cm halia
1 ½ sudu kecil garam

Bahan-bahan hias:

3 biji limau kapas (dibelah 4)
2 biji timun (dibuang kulit dan dipotong nipis)
3 biji buah tomato (dipotong selebar 1 cm)
10 biji lada hijau (dihiris)
3 biji bawang besa (dihiris melintang)
1 ikat daun salad)

Cara:

Ayam dibersihkan dan dituskan.
Kemudian gaul dengan bahan-bahan giling dan perap kira-kira 10 minit. Kemudian bakar atau panggang hingga masak.
Letakkan ayam dalam pinggan yang telah dilapis dengan daun salad dan hias sesuka hati.

Dipetik dari : BUKU SELERA SRIKANDI BRUNEI (MS:20) oleh Hajah Sharifah Maimunah Syed Mohammad)

AYAM MASAK SAMBAL MINANG

Bahan-bahan:

1 ekor ayam kira-kira 1.5 kg (dipotong sesuka hati)
1 biji kelapa (diambil 600 ml santan pekat)
Sedikit bawang merah goring (untuk tabor)
300 ml minyak
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa

Bahan-bahan giling:

1 ½ sudu sederhana ketumbar
1 sudu kecil jintan putih
15 biji lada kering
10 biji buah keras

Cara:

Ayam dibersihkan dan dituskan.
Kemudian gaul ayam bersama bahan-bahan giling dan 150 ml santan.
Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan ayam. Kacau rata-rata dan tutup periuk. Masukkan garam dan serbuk perasa. Sekali-sekala ayam dibalik-balik sambil ditambah dengan 450 ml santan. Masak sehingga ayam empuk dan pekat kuahnya barulah diangkat.

Letakkan dalam piring leper, tabor dengan bawang goring dan hias sesuka hati.

Dipetik dari : BUKU SELERA SRIKANDI BRUNEI (MS:19) oleh Hajah Sharifah Maimunah Syed Mohammad)

AYAM MASAK RENDANG SANTAN

Bahan-Bahan:

1 ½ ekor ayam (dipotong mengikut sesuka hati)
1 ½ kelapa (diambil patinya sahaja)
2.5 cm lengkuas }(dititik)
1 batang serai } (dititik)
1 sudu sederhana gula
Sedikit asam jawa (diambil 300 ml air)
150 ml minyak
Garam secukup rasa.
Serbuk perasa secukup rasa

Bahan-bahan giling:

20 biji lada kering
10 biji bawang merah
5 cm halia
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu sederhana belacan

Cara:

Ayam dibersihkan dan dituskan.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan giling.
Masukkan serai dan lengkuas kacau hingga garing.
Tuangkan santan, kacau hingga sebati. Masukkan ayam, gula, garam dan serbuk perasa, didihkan hingga pekat dan ayamnya empuk. Kemudian tuangkan air asam biarkan sehingga keluar minyak barulah diangkat.

Dipetik dari : BUKU SELERA SRIKANDI BRUNEI (MS:17) oleh Hajah Sharifah Maimunah Syed Mohammad)

AYAM MASAK RENDANG BRUNEI

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (dipotong mengikut sesuka hati)
2 batang serai
1 keping asam aur-aur
2 helai daun kunyit
2 biji kelapa (diambil 300 ml santan pekat dan 300 ml santan cair)
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa

Bahan-bahan kisar:

15 biji lada merah
15 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
2.5cm lengkuas
5 cm halia
10 biji buah keras
5 cm kunyit
1 sudu sederhana belacan

Cara:

Ayam dibersihkan dan dituskan.

Masak santan cair bersama bahan-bahan kisar, serai, daun kunyit, asam aur-aur, garam dan serbuk perasa. Setelah mendidih, masukkan ayam dan santan pekat. Masaklah hingga santan dan ayam sebati barulah diangat.

Dipetik dari : BUKU SELERA SRIKANDI BRUNEI (MS:15) oleh Hajah Sharifah Maimunah Syed Mohammad)

Selasa, 5 Mei 2009

AYAM MASAK LEMAK PADANG

Bahna-bahan:

1 ekor ayam (dipotong kecil)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5.5 cm halia
1 biji kelapa (diambil 300 ml santan pekat dan 900 ml santan cair)
5 sudu besar minyak
Garam secukup rasa

Bahan-bahan rempah:

2 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
5 cm kayu manis

Bahan-bahan giling:

30 biji lada kering
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih
10 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk kunyit

Cara:

Perapkan ayam dengan garam selama 15 minit

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan hiris bersama bahan-bahan rempah dan bahan-bahan giling hingga wangi dan pecah minyak. Masukkan ayam dan goeng selama 3 minit, campurkan santan cair dan didihkan dengan api kecil hingga ayam empuk. Bubuh santan pekat dan garam, masak selama 5 minit hingga mendidih. Hias mengikut kesukaan sendiri.


Dipetik dari : BUKU SELERA SRIKANDI BRUNEI (MS:11) oleh Hajah Sharifah Maimunah Syed Mohammad

AYAM MASAK CEYLON

Bahan-bahan:1 ekor ayam (dibelah 4)

300 g buah tomato
2 sudu besar sebuk lada
2 biji bawang besar (dihiris)
3 kuntum bunga cengkih
1 batang serai
Sedikit buah pelaga
Sedikit air asam jawa
Sedikit serbuk kunyit
3 biji telur (dipukul ringan)
1/2 botol sos tomato
10 biji lada merah (dibelah 2)
1 sudu besar lada putih
1 cm kayu manis
1 helai daun pandan
1 sudu kecil jintan manis
200 ml minyak
Garam secukup rasa

Bahan-bahan giling:

1 sudu besar halia ] (dibahagi 2)
1 sudu besar bawang putih ] (dibahagi 2)

Bahan-bahan hias:


3 sudu sederhana bawang merah goreng
1 tangkai daun bawang
1 sudu sederhana green peas
1 biji timun ]
1 biji lobak merah ] (dihiris)
2 biji limau kapas ]


Dipetik dari : BUKU SELERA SRIKANDI BRUNEI (MS:8) oleh Hajah Sharifah Maimunah Syed Mohammad

AYAM KURMA JEPUN

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (dipotong 12 ketul)
2 biji kelapa (dibahagi 4 - 1 bahagian dijadikan kerisik dan 3 bahagian dijadikan 500ml santan)
2 batang serai (dititik)
5 sudu sederhana sos tomato
1 sudu sederhan gula
200 ml minyak
600 ml air
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa

Bahan-bahan giling:

1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2.5 cm lengkuas
8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih

Bahan-bahan hias:

5 biji lada merah
3 biji buah tomato
1 ikat daun sup
1 ikat daun bawang

Cara:

Ayam dibersihkan dan dituskan. Gaul ayang dengan bahan-bahan giling dan perap selama 1/2 jam.

Goreng ayam hingga berbau wangi, masukkan santan, sos tomato, gula, garam, serbuk perasa, serai dan kerisik. Masak ayam hingga empok barulah diangkat. Bubuh bahan-bahan hias dan hidangkan.

Dipetik dari : BUKU SELERA SRIKANDI BRUNEI (MS:7) OLEH Hajah Sharifah Maimunah Syed Mohammad

Ahad, 3 Mei 2009

AYAM GORENG MESIR

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam (dipotong sesuka hati)
1/2 botol sos tomato
3 sudu sederhana tepung gandum (digaul dengan sedikit air)

3 biji telur
1 sudu sederhana serbuk lada
Sedikit lada putih
300 ml
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa

Cara:

Ayam dibersihkan dan dituskan.

Telur dibancuh dan dibubuh garam. Campurkan lada putih, sos tomato, serbuk perasa, serbuk lada dan tepung. Sesudah itu masukkan ayam ke dalam bahan-bahan yang sudah dicampur tadi dan gaul rata-rata.

Panaskan minyak dan goreng ayam dengan api yang sederhana. Apabila telah masak barulah diangkat dan atur dalam piring.

Dipetik dari : BUKU SELERA SRIKANDI BRUNEI (MS:5)-Hajah Sharifah Maimunah Syed Mohammad

AYAM GORENG BERLEMON

Bahan-bahan:

1.5 kg ayam (dipotong berkemping-keping sebesar sebesar 2.5 cm)
2 sudu sederhana light soy sauce
2 sudu kecil minyak bijan
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar plum sauce
3 sudu besar jus lemon/limau kapas (dicampurkan dengan 4 sudu sederhana gula)
3 tangkai daun ketumbur
Sedikit lada putih
300 ml minyak
2 sudu besar air
1/2 sudu kecil garam

Cara:

Ayam dibersihkan dan dituskan.

Gaul ayam dengan light light soy sauce, minyak bijan, lada putih dan garam, kemudian perapkan selama 30 minit. Kemudian campurkan dengan tepung jagung.

Pijarkan minyak, masukkan ayam, kacau selalu sehingga berwarna perang. Angkat dengan senduk berlubang dan tuskan.

Panaskan minyak sebanyak 2 sudu besar, masukkan ayam goreng, campurkan plum sauce, air dan goreng sebentar. Tuangkan pula campuran jus lemon dan goreng sebentar. Bubuh daun ketumbar dan hidangkan panas-panas.


Dipetik dari : BUKU SELERA SRIKANDI BRUNEI(ms:4)-Hajah Sharifah Maimunah Syed Mohammad

KEK CHEESE ROTI MARIE

Bahan-bahan:

1 tin tinggi susu pekat manis
1 tin tinggi nestle cream
1 kotak roti marie coklaet
1 kotak roti marie putih
1 buku cheese cheedar (dibahagi 2)
Sedikit susu ideal

Cara menyediakannya:

1. Sediakan acuan 8 x 8"

2. Aduanan A:
Nestle cream digaul sebati bersama 1/2 tin susu manis.

3. Adunan B:
1/2 buku cheese cheedar digaul sebati bersama 1/2 tin susu manis. Boleh juga
ditambah sedikit susu ideal.

4. Susun roti marie coklet ke dalam loyang. sapukan 2 senduk adunan A. Sapukan
rata. Lapis lagi dengan roti marie putih dan sapu diatas lagi dengan adunan B dan
sedikit adunan A.

5. Buatlah begitu sehingga adunan habis. Akhir sekali sapukan baki ream dan parutkan
cheese cheedar ke atasnya. Bekukan di dalam peti sejuk sehingga boleh dipotong.



Dipetik dari : GSPS KEMAS Feb/Mac 2008

Sabtu, 2 Mei 2009

DAGING (KERUTUP DAGING)

Bahan-Bahan:

1 kg daging
3 cawan santan
3 sudu besar kerisik
3 sudu besar rempah kerutup
2 sudu besar gula merah
3 cm kulit kayu manis
3 sudu besar minyak
125 ml air asam jawa
Garam

Bahan Kisar:

15 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm lengkuas

Cara Menyediakan:

1. Daging dipotong iktu suka, tetapi jangan terlalu kecil. Kemudian bersihkan dan tuskan airnya. Kisarkan kesemua bahan kisar. Satukan dengan rempah kerutup.

2. Panaskan minyak, tumiskan kulit kayu manis. Kemudian tumiskan pula bahan kisar sehingga wangi.

3. Masukkan daging dan kacau rata. Tuangkan santan, Masukkan air asam jawa, kerisik, gula merah dan garam. Kecilkan api. Masak sehingga pekat dan pecah minyak.

Dipetik dari : Majalah Saji Mei 2008 (ms:23)

IKAN PANGGANG TAWAR AIR ASAM

Bahan-Bahan:

3 ekor ikan selar atau kembung
Sedikit garam
Sedikit kunyit

Bahan Air ASam:

2 cm belacan
2sudu besar asam jawa
5 tangkai cili merah (hiris)
5 tangkai cili api (hiris)
3 ulas bawang merah (hiris)
1/2 cawan air
1/2 sudu kecil gula
Garam

Cara Menyediakan:

1. Bersihkan ikan. Kemudian gaulkan dengan garam dan kunyit.

2. Kemudiannya bakar sehingga masak.

3. Untuk air asam, ramaskan belacan dengan air. Tapiskan. Kemudian gaulkan dengan cili merah, cili api dan bawang merah.

4. Masukkan jus limau, gula dan garam secukupnya. Hidangkan dengan ikan bakar tadi.

Dipetik dari: Majalah Saji Mei 2008 (ms:21)

Jumaat, 1 Mei 2009

SAYUR LEMAK PUCUK KAYU

Bahan-Bahan:

2 ikat pucuk ubi
2 biji keledek merah
2 cawan santan pekat
2 cawan air
3 ulas bawang merah (hiris)
2 ekor ikan selayang bakar (ambil isi dan tumbuk)
Garam
Serbuk kunyit

Cara Menyediakan:

1. Leraikan pucuk ubi dari tangkainya. Ambil yang lembut. Basuh dan tuskan airnya. Keledek merah dibuang kulit dan dihiris.

2. Satukan semua bahan di dalam periuk kecuali santan dan pucuk ubi. Masak sehingga keledek empuk. Kemudian, barulah masukkan pucuk ubi dan santan. Biarkan mendidih. Tambahkan garam secukup rasa.

Dipetik dari : Majalah Saji Mei 2008 (ms:20)

KEK PISANG TANPA TELUR

Bahan A:

120 gm mentega
120 gm gula perang

Bahan B:

50 ml air
1 sudu besar air limau nipis

Bahan C:

250 gm tepung naik sendiri
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda birkarbonat

Bahan D:

300 gm pisang emas ] kisar halus
Coklat urai secukupnya


Cara Menyediakan:

1. Pukul bahan A sehingga kembang dan gebu.

2. Masukkan bahan B dan pukul lagi.

3. Masukkan bahan C dan kacau sebati.

4. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan taburkan coklat urai secukupnya. Bakar sehingga masak.


Dipetik dari : Majalah Saji November 2008

AYAM BEREMPAH TERENGGANU

Bahan-Bahan:

1 kg ayam
250 gam tepung jagung
2 sudu besar serbuk kari ayam
1 sudu besar kunyit
1 sudu besar cuka
2 biji telur
Sedikit garam
Sedikit air
Minyak masak

Cara Menyediakan:

1. Bersihkan ayam dan tuskan airnya.

2. Satukan tepung jagung, serbuk kari ayam, cuka, kunyit, air dan garam secukup rasa.

3. Pecahkan telur dan pukul seketika. Pijarkan minyak. Celupkan ayam ke dalam telur. Kemudian celupkan pula di dalam adunan tepung jagung tadi.

4. Goreng sehingga kekuningan di atas api sederhana. Angkat dan tuskan.


Dipetik dari : Majalah Saji Mei 2008

DAGING (SINGGANG DAGING)

Bahan-Bahan:
500 gm daging (hiris nipis)
3 keping asam gelugur
1 sudu besar ketumbar (tumbuk kasar)
1 sudu kecil jintan manis (tumbuk kasar)
Sedikit cili api
Garam
Air secukupnya

Bahan HIRIS:

3 ulas bawang putih
4 cm lengkuas
3cm kunyit hidup

Cara Menyediakan:

1. Daging dihiris nipis dan bersihkan. Tuskan airnya.

2. Satukan kesemua bahan dan renehkan sehingga daging empuk. Tambahkan garam secukup rasa dan masukkan cili api.


Dipetik dari : Majalah Saji Mei 2008