Selasa, 12 Mei 2009

AYAM MASAK RENDANG SANTAN

Bahan-Bahan:

1 ½ ekor ayam (dipotong mengikut sesuka hati)
1 ½ kelapa (diambil patinya sahaja)
2.5 cm lengkuas }(dititik)
1 batang serai } (dititik)
1 sudu sederhana gula
Sedikit asam jawa (diambil 300 ml air)
150 ml minyak
Garam secukup rasa.
Serbuk perasa secukup rasa

Bahan-bahan giling:

20 biji lada kering
10 biji bawang merah
5 cm halia
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu sederhana belacan

Cara:

Ayam dibersihkan dan dituskan.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan giling.
Masukkan serai dan lengkuas kacau hingga garing.
Tuangkan santan, kacau hingga sebati. Masukkan ayam, gula, garam dan serbuk perasa, didihkan hingga pekat dan ayamnya empuk. Kemudian tuangkan air asam biarkan sehingga keluar minyak barulah diangkat.

Dipetik dari : BUKU SELERA SRIKANDI BRUNEI (MS:17) oleh Hajah Sharifah Maimunah Syed Mohammad)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan