Jumaat, 1 Mei 2009

KEK PISANG TANPA TELUR

Bahan A:

120 gm mentega
120 gm gula perang

Bahan B:

50 ml air
1 sudu besar air limau nipis

Bahan C:

250 gm tepung naik sendiri
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda birkarbonat

Bahan D:

300 gm pisang emas ] kisar halus
Coklat urai secukupnya


Cara Menyediakan:

1. Pukul bahan A sehingga kembang dan gebu.

2. Masukkan bahan B dan pukul lagi.

3. Masukkan bahan C dan kacau sebati.

4. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan taburkan coklat urai secukupnya. Bakar sehingga masak.


Dipetik dari : Majalah Saji November 2008

Tiada ulasan:

Catat Ulasan