Rabu, 13 Mei 2009

IKAN MASAK HAINAN

Bahan-bahan:

1.2 kg ikan kurau/ikan tengkiri
1 biji telur (dipukul ringan)
1 sudu besar tepung jagung
283 g bunga kubis (dipotong kecil)
6 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji lobak merah (dihiris dan dicelur)
2 tangkai daun bawang cina (dihiris)
1 tin cendawan butang (dibelah 2)
300 ml air rebusan ayam
1 sudu kecil minyak bijan
½ tin green peas
1 sudu besar tepung jagung (dicampur dengan 3 sudu besar air)
200 ml minyak
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa

Bahan-bahan sos:

1 sudu sederhana kicap (kicap putih)
1 sudu sederhana sos tiram
1 sudu sederhana kicap hitam
½ sudu sederhana serbuk perasa
1 sudu kecil serbuk lada putih

Bahan-bahan tabur:

1 tangkai daun bawang (dihiris halus)
Sedikit daun sup

Cara:

Potong ikan berkeping-keping sebesar 4 cm dan dibersihkan serta dituskan. Kemudian campurkan dengan telur, tepung jagung dan garam.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan tadi selama 1 minit, angkat dan tuskan.
Panaskan minyak, goreng bunga kubis selama 5 minit dan angkat.
Panaskan minyak, goreng bawang hingga kuning. Selepas itu masukkan ikan goreng tadi, bunga kubis, lobak merah, daun bawang cina dan cendawan. Goreng lagi selama 2 minit. Campurkan bahan-bahan sos, beserta air rebusan ayam dan biarkan hingga mendidih. Masukkan minyak bijan, garam, serbuk perasa dan green peas. Masukkan tepung jagung, biarkan hingga pekat. Kemudian diangkat barulah bubuh bahan-bahan tabur.

Dipetik dari : BUKU SELERA SRIKANDI BRUNEI (MS:50-51) oleh Hajah Sharifah Maimunah Syed Mohammad)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan