Jumaat, 1 Mei 2009

AYAM BEREMPAH TERENGGANU

Bahan-Bahan:

1 kg ayam
250 gam tepung jagung
2 sudu besar serbuk kari ayam
1 sudu besar kunyit
1 sudu besar cuka
2 biji telur
Sedikit garam
Sedikit air
Minyak masak

Cara Menyediakan:

1. Bersihkan ayam dan tuskan airnya.

2. Satukan tepung jagung, serbuk kari ayam, cuka, kunyit, air dan garam secukup rasa.

3. Pecahkan telur dan pukul seketika. Pijarkan minyak. Celupkan ayam ke dalam telur. Kemudian celupkan pula di dalam adunan tepung jagung tadi.

4. Goreng sehingga kekuningan di atas api sederhana. Angkat dan tuskan.


Dipetik dari : Majalah Saji Mei 2008

Tiada ulasan:

Catat Ulasan