Jumaat, 24 April 2009

AYAM PANGGANG BERSERI

Bahan-Bahan:

Seekor ayam
6 tangkai daun ketumbar
1 sudu kecil lada hitam
2 ulas bawang putih
2 sudu kecil jus limau
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar madu
2 cm halia
Garam secukup rasa.

Cara Menyediakan:

1. Bersihkan ayam dan toskan.

2. Kisar semua bahan dan perapkan ayam selama setengah jam.

3. Sediakan dulang pembakar dan bakar ayam yang telah diperap tadi pada suhu 180 c selama 35 minit.

Dipetik dari : Majalah Saji Mei 2008 (ms:77)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan