Jumaat, 24 April 2009

AYAM KUKUS SAMBAL SAHANG

Bahan-Bahan:

2 potong peha / dada ayam
1 labu bawang putih (Ketuk)
Halia sebesar ibu jari (hiris)
Lengkuas sebesar ibu jari (hiris)
2 batang serai (hiris)
1 biji limau nipis


Bahan Sambal:

1 genggam lada hitam (tumbuk halus)
Setengah cawan air asam jawa (pekat)
1 labu bawang putih kulit hitam - dibakar masak (ketuk)
Garam secukup rasa

Cara Mengukus:

1. Ayam dibersihkan, gaul dengan garam, air limau nipis, dan bawang putih. Perap selama 2 jam.

2. sediakan periuk kukus yang dilapik dengan sedikit daun pisang, lumurkan ayam yang diperap dengan sedikit mentega / minyak zaitun (jangan guna marjerin).

3. Masukkan ayam, halia, lengkuas dan serai ke dalam periuk kukus.

4. Kukus ayam selama 2 jam.

5. Kemudian bakar dalam ketuhar kira-kira 20 minit.


Cara Membuat Sambal:

1. Bancuh air asam jawa dengan lada hitam, bawang putih, tambah garam secukup rasa.

2. Sedia dimakan dengan ayam yang dikukus tadi dengan cara mencicah sambal.


Dipetik dari : Majalah Saji Mei 2008 (ms:54)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan